hati

hati
kalau bicara soal hati
sampai kewujudan yaajuj maajuj pun masih tak berhenti

maka,
sini aku simpulkan

hati itu
ada yang remuk
ada yang patah
ada yang hancur
ada yang lunyai
ada yang berderai
ada yang berkecai

gunalah apa adjektif yang sewaktu pun, 
gunala apa frasa yang seerti pun,
outcome nya tetap sama; pedih

dan untuk memulihkan, 
itu, ambil masa
mungkin sehari
mungkin seminggu
mungkin sebulan
mungkin setahun
mungkin sedekad
mungkin berabad

apalah susah untuk menjaga sekeping hati
apakah senang untuk kau baiki hati? 

cegahlah
itu,
lebih baik daripada merawat

simpanlah yang tersimpan

tak semua kata dapat diungkap
yang disebut, cuma satu, 
yang berhenti di lidah, beribu.

tak semua kebenaran dapat dirungkai
yang indah, diperkata,
yang hodoh, dirahsia.

tak semua rasa dapat dizahirkan
yang tersenyum, bibir.
yang merintih, hati yang pedih.

Ragam

Kau diam, dibilang kau sombong mendabik dada.
Kau ramah, dikata pula kau gedik terkinja

Kau selekeh, dicaci akan cara kau berhias diri.
Kau bergaya, mereka dengki mengata "Ada hati".

Kau buat muka selamba, "Ego betul", mereka menganjing.
Kau menitiskan air mata, tak henti henti dibilang kau cengeng.

Kau hebah akan kau menyumbang, kau dikata bongkak.
Kau biarkan budi kau jadi satu rahsia, dikata pula kau tak berjasa. Sangkak.

Bila kau cuba duduk semeja, kehadiran kau is just a bother.
Tapi bila kau bersendiri di bucu meja, eh ditanya pula "Hai bawak diri ker?".

Pandu kereta mewah, diami rumah besar, punya wang berkepuk, dikata itu korupsi.
Pandu Kelisa semata, diami rumah setinggan, poket dipenuhi tisu, pada mereka kau tiada prestasi.

Kau jalankan tanggungjawab yg digalas, "Ah skema"
Kau lari dari tanggungjawab, "Kau memang tak amanah."

Ya,
Ini realiti,
Hodoh dan bodoh.

Apa saja kau buat, kemana saja kau pergi,
Ketahuilah, kau takkan mampu lari dari this  "Ditelan mati emak, diluah mati bapak" situasi.

Kerana apa?
Kerana itu yg diaplikasikan dalam kehidupan sehari hari.
Ke kanan dihalang, ke kiri ditentang.

Benar 'Hari ini masih palat, tapi esok masih ada'.
Mungkin hari ini hari mereka menghina, mencaci, mengeji, menjatuhkan maruah.
Tp esok, belum tentu kerana itu norma manusia, kadang diatas, kadang dibawah.
Hari ini mungkin hari kau mengalirkan air mata dek kerana kecewa,
siapa tahu hari esok hari jatuhnya mutiara mutiara jernih kerana terlalu gembira?

Cuma sikit aku nak pesan,
Untuk diri dan rakan taulan.

Walau apa pun, jadilah diri kau yg sebenar.

Biarkan orang berkata apa,
Biarkan jari menuding tak semena mena,
Biarkan nama kau menjadi bualan,
Biarkan mereka mentertawakan,
Biarkan. Kerana hakikatnya,
Aku, kau, dia, mereka,
Takkan mampu puaskan hati semua.


Jangan jadi lembu yg dicucuk hidung-
Bersuaralah bila kau rasa salah, tp bukan dengan melanggar akta.
Jangan jadi hamba kepada nafsu-
Jadilah nakhoda yg mengawalnya walau apa keadaan pun itu.


Persetankan bisikan bisikan berbisa,
Persetankan kata pedih yg datang menerjah,
Persetankan hinaan hinaan memanah jantung,
Persetankan.


Berpeganglah pada prinsip kau sendiri.

Selagi kau di landasan yg betul,
selagi kau jadi diri sendiri,
selagi kau urus urusan sendiri,
Insya'Allah, akan dibantu kau Maha Mengetahui.